ARTIKEL

Christine Emmanuel Sylvastine Gelau

Larangan akses media sosial bagi kanak-kanak cetus pelbagai reaksi remaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Larangan pendaftaran akaun media sosial bagi kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah yang bakal dikuatkuasakan mulai 2026 terus menarik perhatian golongan muda yang terkesan secara langsung.

Langkah tersebut diumumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil pada 24 November lalu sebagai usaha mengekang jenayah siber rentas usia termasuk melindungi kanak-kanak daripada pemangsa seksual.

Bagi mendapatkan pandangan generasi remaja, Suara Sarawak menemu bual beberapa pelajar di Kuching berhubung pelaksanaan larangan tersebut.

Nathania Athanasius

Christine Emmanuel Sylvastine Gelau, 16, menyokong larangan itu kerana percaya ia dapat membentuk masyarakat lebih berdisiplin dalam penggunaan teknologi.

“Ia dapat mengelakkan penyalahgunaan media sosial dan menghindarkan golongan muda daripada budaya hedonisme yang semakin mengikis akhlak.

“Pun begitu, pembelajaran kini banyak bergantung kepada platform digital.

Affia Qarissa Hafeez

Tanpa akses media sosial, pelajar mungkin ketinggalan literasi digital dan menjadi kolot dalam perkembangan teknologi,” katanya.

Tambahnya, media sosial sering digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan tugasan, pengumuman kelas, dan bahan pembelajaran ringkas.

“Larangan ini mungkin membantu pelajar mengurangkan gangguan belajar dan memberi tumpuan kepada aktiviti lebih bermanfaat,” jelasnya.

Sementara itu, Nathania Athanasius, 16, melihat larangan tersebut mempunyai sisi positif dan negatif.

“Larangan ini boleh mengelakkan remaja daripada ketagihan media sosial dan kandungan tidak sesuai seperti bahan lucah. Ia juga mengurangkan gangguan terhadap pelajaran.

“Pun begitu, media sosial kini mempunyai kandungan pendidikan seperti di TikTok.

Tanpa akses, sumber pembelajaran menjadi terhad,” ujarnya.

Dalam pada itu, Affia Qarissa Hafeez, 13, berpandangan larangan itu boleh membantu melindungi pelajar, tetapi membawa risiko tersendiri.

“Larangan ini boleh melindungi daripada kandungan tidak sesuai dan ketagihan, tetapi juga menimbulkan masalah seperti gangguan komunikasi dengan rakan dan guru serta ketinggalan maklumat sekolah,” tambahnya.

Menjelaskan lanjut, akses terhadap sumber digital juga penting dalam pembelajaran harian.

“Walaupun masa skrin dapat dikurangkan, pelajar mungkin berasa terasing dan kurang terdedah kepada kemahiran digital yang penting pada masa kini,” jelasnya.

Larangan tersebut dilihat akan memberi impak besar terhadap rutin pendidikan serta sosial remaja, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pelajar yang bakal menghadapinya pada tahun hadapan.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan