ARTIKEL

Hii Chang Kee ketika berucap pada Majlis Kiraan Detik Setahun Menuju Sukan SEA 2027, di sini, malam tadi. Foto: Mohd. Alif Noni

Larian Obor Limbang-Kuching semarakkan SEA 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Larian Obor Sukan SEA dari Limbang ke Kuching antara inisiatif utama membawa semangat temasya itu lebih dekat kepada masyarakat Sarawak menjelang pembukaan Sukan SEA ke-34 pada 18 September 2027.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee berkata, larian obor berkenaan bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya menjadi lambang perpaduan, kebanggaan dan rasa memiliki bersama terhadap temasya sukan serantau itu.

“Ia juga memberi peluang kepada rakyat untuk terlibat secara langsung dalam perjalanan menuju Sukan SEA, sekali gus meningkatkan kesedaran, keterujaan dan rasa penyertaan sebelum temasya bermula secara rasmi,” katanya pada Majlis Kiraan Detik Setahun Menuju Sukan SEA 2027, di sini, malam tadi.

Menurutnya, larian obor itu dibangunkan berdasarkan pengalaman penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak yang menghubungkan komuniti dari wilayah utara hingga ke Kuching.

Hii yang juga Pengerusi Sekretariat Sukan SEA Malaysia 2027 bagi Kluster Sarawak berkata, Sarawak akan menjadi tuan rumah bersama Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur bagi penganjuran temasya serantau tersebut.

Katanya, Sarawak akan menganjurkan 18 jenis sukan membabitkan 281 daripada keseluruhan 480 acara, sekali gus menunjukkan skala tanggungjawab besar yang dipikul negeri itu.

Bagi memastikan kelancaran penganjuran, sebanyak 22 jawatankuasa kerja diwujudkan bagi menyelaras persiapan temasya, termasuk aspek kemudahan dan infrastruktur sukan.

“Ia juga dijangka memberi manfaat jangka panjang kepada Sarawak, khususnya menerusi pembangunan infrastruktur dan bakat sukan, selain mengukuhkan sektor ekonomi serta pelancongan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU