ARTIKEL

SERAH… Wilfred Yap Yau Sin (kanan) menyerahkan replika geran MRP RM20,000 kepada Penghulu Lai Boon Khee (kiri) pada majlis tersebut.

Larian Sentosa 2026: Landasan terbaik bentuk perpaduan kaum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Larian Sentosa 2026 yang akan berlangsung pada 23 Ogos depan mempunyai objektif cukup signifikan.

Bukan sahaja bakal menghimpunkan peserta pelbagai lapisan masyarakat dalam semangat perpaduan dengan matlamat bersama, sebaliknya program sukan komuniti berkenaan antara lain bertujuan mengumpul dana bagi pembinaan bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Stampin, Kuching.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, menzahirkan rasa teruja dengan inisiatif pihak jawatankuasa pengelola dalam menganjurkan program larian berkenaan.

“Kita menyokong sepenuhnya penganjuran larian ini yang buat julung kali diadakan, satu acara komuniti yang amat bermakna kerana dapat menghimpunkan masyarakat pelbagai suku kaum.

“Larian ini bukan sekadar aktiviti sukan, malah merupakan platform yang kukuh untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk daripada pelbagai latar belakang, di samping mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif,” ujar Wilfred pada sidang media di Dewan Perniagaan Batu 7, sebentar tadi.

Katanya, inisiatif ini merupakan usaha pengumpulan dana yang murni bagi menyokong pembinaan bangunan baharu sekolah terbabit yang secara tidak langsung dapat memainkan peranan penting dalam membentuk generasi cemerlang pada masa akan datang.

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan menerusi geran MRP sebanyak RM20,000 bagi membantu usaha pengumpulan dana tersebut.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu meningkatkan dan membina kemudahan sekolah serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik untuk para pelajar,” tambah beliau.

Beliau turut menyeru orang ramai untuk sama-sama menyertai dan menjayakan larian berkenaan.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Dewan Perniagaan Batu 7, Penghulu Lai Boon Khee, serta barisan jawatankuasa pengelola lain.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU