ARTIKEL

APA KHABAR..Larry bersapa dengan komuniti ketika menyambut ketibaannya di program berkenaan

Larry sentiasa turun padang selami permasalahan rakyat di Julau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Turun padang untuk menyelami permasalahan rakyat merupakan tanggunjawab saya dan saya akan sentiasa mendekati diri dengan rakyat, kata Ahli Parlimen Julau.

Jelasnya, melalui aktiviti turun padang ini beliau akan turut merasai keperitan dan keperluan rakyat di kawasan Julau secara dekat.

TERIMA KASIH…Empati Idai (tiga dari kiri) menyampaikan cendermata kepada Larry selesai sahaja merasmikan program

“Saya secara peribadi mengatakan bahawa tugas selalu wakil rakyat merupakan suatu amanah yang akan saya pikul sebaiknya.

“Mendekatkan diri bersama rakyat juga satu peluang untuk saya menyelami setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dan saya akan sedaya upaya membantu mereka,” ujar Larry.

Beliau yang merupakan Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) berkata demikian kepada media selesai sahaja merasmikan Program Randau Ruai bersama Komuniti di Rumah Empati Idai, Nanga Marau.

Pada program yang sama, Larry telah menyampaikan geran projek kepada beberapa buah rumah panjang dan biro dengan jumlah penuh RM193,700.

Antara penerima geran tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Asin, Rumah Asun, Rumah Empati, Rumah George, Rumah James Unau, Rumah Joseph, Rumah Mary, Rumah Philip Gani, Rumah Tuat, Rumah Munan dan Rumah Richard Dom Bueng.

Turut menerima ialah Biro Wanita Rumah Lembang, Rumah Minang, Rumah Empati, Rumah Tuat, Rumah Joseph, Rumah Kalut, Rumah Mary, Rumah James Unau, Rumah Asin dan Rumah Asun.

Antara lain penerima bagi Biro Wanita ialah Rumah Lunsa, Rumah Richard Dom Bueng, Rumah Mathew dan Rumah George.

“Saya berharap agar geran ini dapat digunakan sebaik mungkin oleh penerima untuk membangunkan kawasan masing-masing.

“Pemberian geran ini merupakan satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat di kawasan pedalaman,” terang Larry.

Beliau juga berharap agar rakyat di kawasan Julau jangan termakan hasutan dan fitnah sesetengah pihak yang mendakwa dirinya wakil rakyat pembangkang.

“Sekali lagi saya menegaskan bahawa saya merupakan salah satu daripada wakil rakyat di dalam blok kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia.

“Oleh itu, jangan timbulkan isu yang sengaja mengelirukan rakyat tetapi berfikir secara logik sebelum membuat andaian yang bersifat negatif,” kata Larry.

BERITA LAIN

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli