ARTIKEL

Barisan tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan di pintu masuk Dewan Stadium Tan Sri William Mawan

Larry Sng sentiasa titikberatkan pendidikan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU: Utamakan pelajaran dan jangan berputus asa walaupun mengalami kegagalan dan bangkit demi masa depan, kata Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien.

Ujarnya, ambil teladan daripada individu maju dan berjaya dalam kehidupan untuk dijadikan semangat.

“Setiap individu lebih-lebih lagi pelajar mesti berusaha dalam pelajaran untuk kejayaan pada masa hadapan,” kata Larry.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) itu berucap pada Majlis Makan Malam Jubli Emas ke-58 Tahun Sekolah Kebangsaan (SMK) Julau di Dewan Stadium Tan Sri William Mawan Ikom.

Pada majlis tersebut, Larry turut menyampaikan geran dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Parlimen Julau sebanyak RM15,000 untuk kegunaan sekolah tersebut.

“Saya berharap bantuan dana yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada pihak sekolah bagi melakukan pelbagai aktiviti.

“Saya memang dari dulu lagi fokus pendidikan dan saya menubuhkan Tabung Pendidikan Larry Sng.

“Ini merupakan inisiatif untuk membantu pelajar dan mengurangkan beban mereka ketika menuntut di institusi pendidikan tinggi.

“Setiap pelajar di Julau boleh memohon asalkan menepati kriteria yang ditetapkan dan bantuan tersebut diutamakan kepada mereka yang cemerlang dalam pendidikan serta layak menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi,” jelasnya.

Sementara itu, Larry berharap pihak berwajib membaik pulih serta mengindahkan Dewan Stadium Tan Sri William Mawan untuk kegunaan pelbagai aktiviti.

Larry beramah mesra bersama-sama tetamu yang hadir

BERITA LAIN

BERITA TERBARU