ARTIKEL

Pilihan pertama kejohanan dari China Shi Yu Qi ketika menentang pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena di sini, semalam. Shi Yu Qi menewaskan Lee Cheuk Yiu 21-10 21-7. | Bernama

Latihan asas kukuh kunci mengharungi jadual padat – Yu Qi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Shi Yu Qi dari China menegaskan tanpa latihan asas yang kukuh, menghadapi perlawanan secara berturut-turut dan berterusan, cabaran dalam kalendar Jelajah Dunia BWF akan menjadi sangat sukar.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata demikian ketika ditanya sama ada tuntutan fizikal terhadap pemain semakin meningkat, sambil menyatakan perkara itu juga bergantung kepada gaya permainan dan kaedah pemulihan individu.

“Setiap pemain mempunyai cara masing-masing untuk mengendalikannya (kalendar BWF).

Kita semua mempunyai pasukan sokongan yang sangat kuat, sama ada untuk terapi fizikal atau sokongan psikologi.

“Ia mengenai mencari kaedah yang paling sesuai untuk diri anda bagi menyesuaikan diri dengan jadual seperti ini, kerana cabarannya adalah sama untuk semua orang,” katanya selepas mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena semalam.

Terdahulu pada aksi suku akhir, Yu Qi hanya memerlukan masa 31 minit untuk menyingkirkan pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu, 21-10, 21-7, sekali gus mencatatkan kemenangan kesembilannya dalam 14 pertemuan menentang pemain yang berada di ranking ke-18 dunia itu.

Yu Qi berkata walaupun mudah menewaskan pemain Hong Kong itu, setiap permainan rali tetap sukar kerana beliau perlu bersabar dan menunggu lawannya melakukan kesilapan.

Ketika ditanya mengenai tekanan mempertahankan gelaran juara pada kejohanan Super 1000 itu, Yu Qi berkata beliau tidak merasakannya kerana setiap lawan adalah berbeza.

“Saya sebenarnya tidak merasakan tekanan seperti itu.

Walaupun saya memenangi gelaran Terbuka Malaysia tahun lepas, lawan-lawannya berbeza.

“Semua orang telah mencapai kemajuan yang besar tahun lepas dan tahun ini, jadi saya hanya menumpukan kepada kerja keras untuk bersaing dengan mereka.

Saya tidak menganggapnya sebagai ‘mempertahankan’ gelaran, ia lebih kepada ‘berjuang’ untuknya sekali lagi bagi melihat sama ada saya boleh memenanginya,” tambahnya.

Tahun lepas, Yu Qi meraih enam gelaran termasuk Terbuka Malaysia, Terbuka All England, Piala Sudirman, Terbuka Jepun, Terbuka China dan Kejohanan Dunia. — Bernama

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,