ARTIKEL

Pensyarah Fakulti Pendidikan i-CATS, Erpadalinda Othman

Latihan berterusan perkasa kompetensi guru dalam pendidikan STEM awal kanak-kanak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha memperkasa kompetensi guru perlu diteruskan menerusi latihan serta pembangunan profesional agar proses pengajaran dan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pensyarah Fakulti Pendidikan i-CATS, Erpadalinda Othman berkata, kejayaan agenda berkenaan bukan hanya bergantung kepada dasar pendidikan, sebaliknya memerlukan guru pendidikan awal kanak-kanak yang bersedia memperkenalkan pengalaman pembelajaran STEM secara bermakna dan menyeronokkan.

“Latihan yang diberikan perlu berteraskan pendekatan inkuiri, projek dan permainan bagi memastikan pendidikan STEM dapat diintegrasikan secara berkesan merentas pelbagai bidang pembelajaran.

“Apabila guru yakin dan kreatif mengendalikan pembelajaran, kanak-kanak akan melihat STEM sebagai pengalaman yang menyeronokkan, sekali gus memupuk minat terhadap bidang itu daripada akar umbi.

“Guru bukan sahaja perlu memahami konsep asas STEM, malah memiliki kemahiran pedagogi untuk menterjemahkan konsep tersebut kepada pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, pendidikan STEM merupakan pemangkin pembangunan modal insan dan kemajuan negara, namun masih ramai yang beranggapan bidang itu hanya sesuai diperkenalkan apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah atau menengah.

“STEM juga sering dianggap sukar kerana melibatkan pengiraan, eksperimen dan konsep saintifik yang kompleks.

“Namun, asas pemikiran pendidikan ini sebenarnya bermula sejak kanak-kanak meneroka dunia melalui aktiviti bermain, memerhati, bertanya soalan, mencuba dan menyelesaikan masalah.

“Pendidikan STEM pada peringkat awal kanak-kanak bukan bertujuan melahirkan saintis atau jurutera dalam tempoh singkat, sebaliknya membentuk generasi yang mempunyai sifat ingin tahu, berfikiran kritis, kreatif dan berani mencuba,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa perkembangan ini amat signifikan dalam konteks Sarawak yang sedang giat memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan sains dan teknologi.

“Pelaksanaan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris merupakan antara langkah strategik bagi meningkatkan penguasaan ilmu STEM serta memperkukuh daya saing generasi muda di peringkat global.

“Pada masa sama, Sarawak turut memberi penekanan kepada pembangunan sektor berteknologi tinggi seperti aeroangkasa, ekonomi digital, kecerdasan buatan, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi hijau.

“Semua inisiatif ini memerlukan bakat tempatan yang bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan, malah mempunyai minat yang mendalam terhadap STEM sejak usia awal,” katanya.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU