ARTIKEL

TEPAT…Abang Zainal (dua kiri) turut serta dalam Latihan Menembak Tahunan IPD Padawan menggunakan pistol Walther P99.

Latihan Menembak Tahunan IPD Padawan tingkatkan prestasi pegawai, anggota

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Latihan Menembak Tahunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan meningkatkan prestasi kemahiran menembak dalam kalangan pegawai dan anggota IPD Padawan.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, latihan tersebut disertai 16 pegawai dan 100 orang anggota polis.

“Kita adakan program latihan menembak sebagai satu latihan untuk kita melatih pegawai dan anggota berkaitan penggunaan senjata api.

“Latihan diadakan secara defensif ataupun dua posisi melepas tembakan iaitu berdiri dan melutut,” katanya pada sidang media sempena Latihan Menembak Tahunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di Lapang Sasar Pulapol Kuching, di sini hari ini.

Beliau berkata, latihan diadakan selama dua hari yang bermula pada hari ini dan akan tamat pada keesokkan hari. 

Katanya, latihan tersebut diadakan secara tahunan dan keputusan daripada latihan tersebut akan diambil markah untuk menilai kesesuaian pegawai dan anggota dalam mengendalikan senjata api.

RASMI…Abang Zainal menembak pada sasaran menggunakan senjata CZ Scorpion. 
Seramai 16 pegawai dan 100 anggota IPD Padawan menyertai Latihan Menembak Tahunan IPD Padawan di lapang sasar Pulapol Kuching. 

BERITA LAIN

21 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan

KUCHING: Seramai 21 warganegara asing telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching menerusi Ops Selera, Ops Belanja dan Ops Kutip di sekitar bandar raya ini,

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri

Isut mubuk menua Kabo Ulu

ISUT nitih ke jerita, nyadi tuai orang ti muai unak, muai lemetak, muai batang, muai agang di sitak menua Kabo Ulu. Iya tuai orang berimbau,