ARTIKEL

Pertukaran momento antara Lee dan Shahelmey pada kunjungan hormat tersebut

Lawatan ke MASWings, pertama selepas pemeteraian MOU pemerolehan saham

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lawatan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin bersama-sama delegasi dari Sarawak ke ibu pejabat MASWings Sdn. Bhd. di Kota Kinabalu, Sabah menandakan lawatan pertama selepas memeterai perjanjian persefahaman (MOU) mengenai pemerolehan saham dalam MASWings.

Perjanjian tersebut telah diadakan antara Kerajaan Sarawak dan Hornbill Skyways Sdn. Bhd. pada 27 Oktober 2023 lalu.

Menerusi kenyataan Kementerian Pengangkutan, delegasi menerima taklimat komprehensif daripada Ketua Pegawai Operasi MASWings Suresh Singam dan ahli pengurusan tertinggi yang lain berhubung operasi MASWings Sdn. Bhd ketika lawatan tersebut.

“Delegasi turut melawat ke hangar penyelenggaraan pesawat, selain menteri berkenaan mengadakan sesi dialog dengan kakitangan operasi MASWings.

“Diikuti, lawatan ke KKIP Aerospace Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat milik penuh anak syarikat KKIP Sdn. Bhd. dan Kerajaan Sabah.

“Syarikat tersebut pakar dalam pesawat latihan penyelenggaraan dan kursus berkaitan penerbangan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan pemahaman yang komprehensif tentang industri latihan penerbangan dan meneroka peluang kerjasama, khususnya dalam memupuk pertumbuhan bakat penerbangan di Sarawak,” katanya, hari ini.

Pada 10 Nov (Jumaat), Lee telah mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak dalam kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri III Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Dalam kunjungan tersebut, Lee bersama-sama Ir. Shahelmey berkesempatan untuk membuat pertukaran idea dan membincangkan perkara yang berkaitan dengan pembangunan pengangkutan di Sarawak dan Sabah.

Delegasi disertai Timbalan Peguam Negara Sarawak Datuk John Wayne Chamberlin Sirau, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Selamat Jati Yanjah, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak Julin Alen dan lain-lain.

Lee bersama-sama yang lain ketika melawat MASWings pada sesi dialog bersama-sama kakitangan syarikat penerbangan tersebut

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

RUAI

SUKAN