ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media sebelum mengakhiri lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye. Turut bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (dua kanan) dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kiri) Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri.

Lawatan Ke Turkiye Berjaya Erat Hubungan Dua Hala, Kerjasama Ekonomi – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan rasmi beliau ke Turkiye berjaya mengeratkan serta memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata lawatan rasmi selama tiga hari bermula Selasa lepas itu, atas jemputan Presiden Recey Tayyip Erdogan, turut membincangkan usaha meneroka potensi kerjasama dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri berkata perkembangan itu dapat dilihat apabila kedua-dua negara memanfaatkan lawatan rasmi beliau dengan mengadakan Mesyuarat Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi (HLSCC) Malaysia-Turkiye yang pertama di Ankara, semalam.

“Ini suatu permulaan menarik kerana tidak banyak negara yang kita adakan hubungan dua hala seperti itu, kerana majlis peringkat tinggi ini mesti dipengerusikan bersama Presiden (Erdogan) dan saya.

“Tentunya keputusan kita itu akan dilaksanakan menteri-menteri yang bertanggungjawab melaksanakan keputusan penting yang strategik,” kata Anwar pada sidang media sebelum berlepas pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan rasmi ke republik itu semalam. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU