Layanan sama adil untuk semua kaum

KUCHING: Sektor pelancongan di negeri ini merupakan sektor baharu yang boleh memberi manfaat kepada Sarawak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, orang Melayu banyak tinggal di bandar dan kawasan pesisir yang sangat sesuai untuk sektor pelancongan.

“Sebagai respons kepada perkara tersebut, Kerajaan Sarawak menubuhkan Old Kuching Heritage Trail termasuk projek Darul Hana.

“Kita telah bangunkan kawasan Tebingan Kuching, terus berusaha menaik taraf kawasan kampung-kampung di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian Majlis SAMArindok Aidilfitri Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di sebuah hotel kelmarin.

Tambahnya, kerajaan akan membantu mewujudkan kawasan yang boleh mempromosikan budaya.

AKYBMS jelasnya, banyak mempertahankan adat dan budaya Melayu Sarawak.

“Kita bangunkan kawasan ini sebagai respons kepada bangsa lain, contohnya DCF.

“Ia banyak melakukan pelbagai usaha demi bangsa Melayu dan RM20 juta diperuntukkan kepada mereka tahun ini,” jelasnya.

Katanya, Kerajaan Sarawak memberikan bantuan adil kepada semua bangsa termasuk Melayu, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.

“Peruntukan yang disalurkan untuk membangunkan rakyat di negeri ini adalah hasil daripada pendapatan yang dijana Sarawak.

“Saya bersyukur kerana diberi inspirasi untuk mengenakan cukai jualan sebanyak lima peratus kepada minyak dan gas,” ujarnya.

Suara Sarawak