ARTIKEL

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (duduk tengah) bersama-sama hadirin yang lain merakam gambar pada Majlis Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HIITS) 2026. Foto Mohd Alif Noni

Lebih 1.25 juta hektar tanah NCR seluruh Sarawak diukur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 1.25 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) diukur di seluruh Sarawak setakat 31 Ogos 2026 melalui Program Pengukuran Tanah NCR Inisiatif Baharu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan kekal komited untuk mempercepat kerja pengukuran dan pengeluaran hak milik tanah.

“Pencapaian ini besar, tetapi kita tidak boleh melihatnya sebagai angka semata-mata.

“Di sebalik setiap lot dan sempadan terdapat keluarga, sejarah, sumber pendapatan dan masa depan generasi seterusnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei (HITS) 2026, malam tadi.

Abang Johari berkata, kerja seterusnya perlu memberi tumpuan kepada penyelesaian menyeluruh daripada mengenal pasti kawasan, pengukuran dan pengesahan sempadan sehingga dokumentasi, pendaftaran serta pengeluaran hak milik.

Katanya, teknologi boleh mempercepat proses, namun libat urus dengan pemilik tanah, komuniti dan pihak berkepentingan tetap penting.

Beliau berkata, kejelasan proses dan komunikasi yang baik dapat mengurangkan pertikaian, meningkatkan keyakinan serta memastikan hak rakyat terus dipelihara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Yusuf Mahardika Lawan Rasa Takut

Mengakui dirinya penakut, pelakon Indonesia, Yusuf Mahardika, terpaksa berfikir dua kali sebelum menerima tawaran membintangi filem seram Rambut Sewu: Satu Langkah Geth. Namun, demi mencabar

BEFR terima Anugerah Platinum MyTQA

BORNEO Empurau Farm & Resort (BEFR), destinasi pertanian dan ekopelancongan bersepadu seluas 69 ekar yang terle-tak di Tarat, Serian, berjaya memperoleh pengiktirafan berprestij pada peringkat