ARTIKEL

Lebih 100 kakitangan Bintulu Port Holdings Berhad gotong-royong bersihkan masjid hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Lebih 100 kakitangan syarikat Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyertai program gotong-royong membersihkan Masjid Assyakirin Bintulu di sini, hari ini.

Program ini merupakan usaha murni pihak syarikat sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu komuniti setempat dalam menangani pandemik Covid-19 dalam kehidupan dan rutin seharian masyarakat tempatan.

Usaha CSR ini adalah yang pertama melibatkan inisiatif syarikat korporat di bahagian Bintulu dalam aktiviti gotong-royong membersihkan rumah ibadat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB, Datuk Mohammad Medan Abdullah serta pergurusan tertinggi BPHB hadir menyertai aktiviti gotong royong yang bermula seawal jam 8.30 pagi.

Medan dalam ucapan ringkasnya berkata BPHB komited mengembangkan usaha murni ini ke rumah ibadat yang lain di kawasan sekitar dalam waktu terdekat.

BERITA LAIN

Kuching Tuan Rumah MTQBB 26 Hingga 29 Oktober Ini

KUCHING: Bandar raya Kuching bakal menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Bandaraya Se-Borneo (MTQBB) 2026 yang berlangsung dari 26 hingga 29 Oktober ini. Majlis berkenaan

BERITA TERBARU