ARTIKEL

Wilfred Jap pada sidang media Perarakan Krismas Kota Sentosa 2023 dan Karnival Saberkas Kota Sentosa 2024, hari ini

Lebih 1,000 bakal sertai perarakan Krismas Kota Sentosa pada Ahad ini.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 1,000 penganut Kristian pelbagai mazhad dijangka bakal menyertai perarakan Krismas yang julung kali diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa.

Perarakan yang akan berlangsung pada 10 Disember, Ahad ini, dengan penyertaan sebanyak 10 gereja sekitar Kuching itu diadakan sebagai simbolik perpaduan serta keharmonian kaum yan terdapat di Sarawak.

Menurut ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap, penganjuran kali pertama itu merupakan kerjasama pusat khidmatnya dan Persatuan Kristian Evangelical Sarawak (SECA).

“Perarakan Krismas yang pertama kali diadakan khusus untuk Kota Sentosa ini akan berlangsung di kawasan pasar batu 7, di sini.

“Para peserta akan berkumpul pada jam 6 petang sebelum perarakan bermula dan pihak kita masih mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin mengambil bahagian memeriahan acara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Kota Sentosa di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, perarakan itu juga dimeriahkan dengan nyanyian lagu-lagu karol Kristian seperti ‘Silent Night’, ‘We Wish You A Merry Christmas’ serta banyak lagi.

Dalam hal berlainan, beliau mengumumkan satu lagi aktiviti bakal memeriahkan DUN Kota Sentosa yang menyasarkan penglibatan golongan belia tempatan.

“Sempena sambutan Jublie Emas Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas), kita bakal menganjurkan Karnival Saberkas Kota Sentosa 2024.

“Karnival ini akan berlangsung pada 10 Mac 2024 bertempat di pusat beli-belah Aeroville dan bermula seawal jam 7 pagi,” ujarnya.

Tambahnya, karnival itu bertujuan menggalakkan belia masa kini menjalankan aktiviti sihat dan aktif menyediakan pelbagai acara menarik antaranya persembahan tarian budaya, pertandingan idola belia dan ratu belia, jualan but kereta yang berkonsepkan pasar lambak serta banyak lagi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU