ARTIKEL

Fatimah (dua kiri) bersama-sama wakil rombongan kunjungan hormat Boy Brigades di Baitulmakmur II

Lebih 10,000 sumbangan Krismas oleh BB Love Box pada Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti menerima kunjungan hormat daripada Boy Brigades (BB) di Baitulmakmur II, hari ini.

Kunjungan terbabit berkisar kepada program BB Kotak Cinta (BB Love Box) yang telah pun dimulakan sejak 2 September lalu dan akan berakhir pada 23 Disember ini.

Objektif program adalah untuk mengutip dan mengagihkan semula sumbangan atau pun hadiah kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Selain itu, tujuan utama program adalah untuk berkongsi kegembiraan sempena meraikan Hari Krismas, di samping menganjur dan menerima sumbangan melalui Sarawak Pay ke akaun Sarawak BB Comunity Care daripada orang ramai.

Tahun ini, BB menyasarkan lebih 10,000 hadiah terdiri daripada alat tulis, beras dan telur untuk diagihkan kepada golongan memerlukan.

Selaras dengan slogan program iaitu Berkongsi Cinta dan Keceriaan kepada golongan memerlukan, BB bertindak sebagai saluran antara komuniti prihatin dan golongan kurang bernasib baik.

Selain itu, program juga sebagai medium untuk menggalakkan semangat khidmat masyarakat dalam kalangan perbadanan, sekolah organisasi dan BB itu sendiri.

Untuk rekod, sejak beberapa tahun lalu Boy Brigade berjaya mengumpul dana dan mengangihkan sebanyak 110,244 hadiah krismas kepada pelajar dan keluarga memerlukan termasuk di kawasan luar bandar.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU