ARTIKEL

Gambar hiasan AI

Lebih 1,534 banduan lari dari penjara di Mozambique

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Lebih 1,534 banduan melarikan diri secara beramai-ramai dari sebuah penjara keselamatan maksimum di tengah Mozambique, berhampiran ibu negara Maputo, berikutan rusuhan yang tercetus selepas pengumuman keputusan akhir pilihan raya presiden, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Isnin, Majlis Perlembagaan Mozambique mengesahkan keputusan pilihan raya yang diadakan pada Oktober lalu, yang menyaksikan kemenangan calon parti pemerintah FRELIMO, Daniel Chapo.

Pengumuman ini mencetuskan rusuhan di seluruh negara, menyebabkan ketegangan meningkat.
Menurut komander jeneral polis Mozambique, Bernardino Rafael, sebanyak 1,534 banduan melarikan diri dalam insiden itu.

Beliau juga mengesahkan bahawa 33 banduan terbunuh dan 15 lagi cedera dalam kejadian tersebut.

“Kami mengesahkan insiden pelarian ini, tetapi pasukan kami masih di lapangan untuk menentukan angka sebenar dan maklumat lanjut,” ujar setiausaha tetap Kementerian Kehakiman, Justino Tonela.

Setakat ini, pasukan keselamatan berjaya menahan semula kira-kira 150 banduan yang melarikan diri.

Penjara Keselamatan Maksimum Maputo, yang terletak sekitar 13.84 kilometer dari ibu negara, menempatkan lebih 3,000 banduan yang disabitkan dengan jenayah berat, termasuk pembunuhan, menurut Kementerian Kehakiman Mozambique.

Pilihan raya umum Mozambique berlangsung pada 9 Oktober, dengan keputusan awal menunjukkan kemenangan Daniel Chapo. Namun, calon bebas, Venancio Mondlane, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusan itu dan menyeru tindakan penentangan awam secara besar-besaran. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke