ARTIKEL

Lebih 250 Orang Dikuarantin Susulan Wabak Campak Di Carolina Selatan, AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Lebih 250 orang dikuarantin di negeri Carolina Selatan, Amerika Syarikat susulan wabak campak yang dilaporkan pada hujung minggu lalu, menurut pegawai kesihatan tempatan, lapor Xinhua.

Setakat Selasa, Jabatan Kesihatan Awam Carolina Selatan melaporkan 27 kes baharu campak sejak Jumaat, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 111 kes.

Sebahagian besar kes baharu berkaitan dengan sebuah gereja di Daerah Spartanburg di barat laut Carolina Selatan.

Wabak campak di negeri itu “semakin memuncak” berikutan perjalanan sempena sambutan Hari Kesyukuran serta kadar vaksinasi yang rendah, menurut pakar epidemiologi negeri, Linda Bell.

Pada Rabu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat merekodkan sejumlah 1,912 kes campak di seluruh negara bagi tahun ini, dengan majoriti melibatkan kanak-kanak serta remaja yang tidak divaksin.
— BERNAMA-XINHUA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU