ARTIKEL

BERCAKAP… Abdul Karim bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Solidariti Sarawak Bersama Palestin di Dataran Perayaan di Kompleks Sukan Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Lebih 2,500 masyarakat pelbagai kaum sertai himpunan solidariti Palestin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih daripada 2,500 orang telah menyertai Himpunan Solidariti Sarawak Bersama Palestin untuk menunjukkan keprihatinan dan sokongan terhadap penderitaan rakyat Palestin ketika ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara tersebut bukan perhimpunan agama tetapi dianjurkan untuk menunjukkan solidariti rakyat di negeri ini kepada bumi Gaza.

“Solidariti ini penting kerana rakyat di Palestin sedang menghadapi musibah yang begitu besar sekali, mereka dianiaya, dibom dan dibunuh beramai-ramai bukan hanya umat Islam tetapi juga Kristian.

“Dalam tempoh 20 hari sahaja, lebih 7,000 rakyat Palestin di Gaza yang kebanyakan terdiri daripada anak-anak kecil dan orang awam dibunuh tanpa belas kasihan oleh rejim Zionis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Himpunan Solidariti Sarawak Bersama Palestin di Dataran Perayaan di Kompleks Sukan Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Tambahnya, walaupun Sarawak merupakan sebuah negeri kecil, Malaysia juga tidak begitu ramai rakyat tetapi solidariti terhadap Palestin tetap perlu.

“Ini bertujuan untuk mengangkat semangat mereka, walaupun ditindas Israel tetapi kita mahu mereka tahu bahawa bumi Malaysia, bumi Sarawak ada bersama-sama mereka untuk memberi semangat bagi meneruskan hidup dan berjuang menentang kekejaman itu,” ujarnya.

Mengenai perhimpunan tersebut, ia bukan hanya dihadiri masyarakat Melayu, Islam tetapi juga dihadiri oleh rakan-rakan beragama lain untuk menunjukkan sokongan dan solidariti terhadap isu kemanusiaan itu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU