ARTIKEL

Datuk Amrizan bercakap kepada media selepas menyempurnakan Fleet Card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada syarikat-syarikat diluluskan permohonannya serta menerima kad berkenaan daripada syarikat minyak PETRONAS, Shell dan Petron.

Lebih 28,000 syarikat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sertai SKDS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti beberapa cadangan penambahbaikan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) susulan penggunaan penuh mekanisme fleet card di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 1 Julai lalu.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penelitian itu dibuat bersama Kementerian Kewangan (MOF) dengan mengambil kira pengalaman pelaksanaan, maklum balas pemain industri serta isu operasi yang dikenal pasti.

Beliau berkata, KPDN turut meneruskan libat urus dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak bagi memastikan pelaksanaan SKDS disesuaikan dengan keperluan operasi di lapangan tanpa menjejaskan usaha penyasaran subsidi diesel dan membendung ketirisan.

Katanya, sehingga 18 Julai 2026, sebanyak 172,955 syarikat melibatkan 464,797 kenderaan telah didaftarkan di bawah SKDS di seluruh negara, termasuk 28,127 syarikat dengan 68,669 kenderaan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Daripada jumlah itu, 2,116 syarikat melibatkan 3,433 kenderaan dalam sektor pengangkutan awam, manakala 18,770 syarikat dengan 51,679 kenderaan membabitkan pengangkutan barangan keperluan pengguna serta 7,241 syarikat melibatkan 13,557 kenderaan kategori jip dan pikap milik syarikat,” katanya.

Armizan berkata, syarikat yang diluluskan perlu mendapatkan fleet card daripada PETRONAS, Shell atau Petron bagi membolehkan pembelian diesel bersubsidi direkodkan secara digital, sekali gus meningkatkan pemantauan dan mengurangkan risiko penyelewengan.

Beliau turut menggesa syarikat yang masih belum mendaftar supaya segera mengemukakan permohonan menerusi portal MySubsidi. KPDN akan terus memperkukuh kerjasama bersama MOF, kerajaan negeri, syarikat minyak dan pihak berkepentingan bagi memastikan SKDS dilaksanakan secara cekap, telus dan berkesan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU