ARTIKEL

Anggota bomba dengan dibantu jengkaut melakukan pemadaman kebakaran melibatkan kira-kira 30 hektar tanah gambut dan belukar di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas.

Lebih 30 anggota bomba dikerah padam kebakaran tanah gambut di Kpg Banting, Jln Kuala Lawas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Lebih 30 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dan BBP Limbang, dengan tujuh jenis logistik dikerahkan bagi pemadaman baki kira-kira 10 hektar lagi tanah gambut dan belukar yang terbakar di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi pemadaman yang memasuki hari kelapan hari ini turut dibantu anggota-anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis dan RELA.

Video sebuah jengkaut melakukan pemadaman kebakaran melibatkan kira-kira 30 hektar tanah gambut dan belukar di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas.

“Pada hari ini, operasi pemadaman dipecahkan kepada empat kumpulan dengan pasukan pemadam pertama dan kedua menggunakan sumber air terbuka dari parit yang berdekatan.

“Manakala pasukan pemadam kedua menggunakan sumber air dari empangan yang dibekal oleh Prime Mover dan pasukan pemadam keempat menggunakan sumber air terbuka dari parit yang berdekatan,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian dilaporkan pada jam 10.45 pagi, 20 Februari lalu dengan kawasan terjejas dianggarkan berkeluasan 30 hektar.

Beliau berkata sehingga semalam, pasukan bomba berjaya memadam seluas 20 hektar kebakaran.

“Dianggarkan baki kebakaran tinggal 10 hektar lagi dan bertompok,” katanya.

Beliau menambah operasi pemadaman turut dibantu menggunakan sebuah jengkaut bagi tindakan pemadaman dengan lebih berkesan.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Saripah Tuah angkun ngangkat pesaka Bisaya

ANGKUN deka nyaga kereban asal raban bansa Bisaya, Saripah Tuah, 44 bejalaika dagang ngelakuka semua kereban tradisional Bisaya awakka enda punas disegang arus pemansang dunya

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti