RIYADH: Pusat Hidupan Liar Kebangsaan (NCW) Arab Saudi, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Pembangunan Kawasan Perlindungan Diraja Imam Abdulaziz Bin Mohammed, melepaskan lebih 30 haiwan terancam ke dalam Kawasan Perlindungan Diraja Raja Khalid, sebagai sebahagian daripada program kebangsaan bagi pembiakan dan pelepasan semula hidupan liar ke habitat asal mereka.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), haiwan yang dilepaskan termasuk 20 gazel pasir Arab, lima oriks Arab, empat arnab liar, tiga helang steppe dan seekor burung lang gelap. Inisiatif ini bertujuan memperkasa kepelbagaian biologi, memulihkan keseimbangan ekologi, menyokong kelestarian dan mempromosi ekopelancongan di kawasan perlindungan itu.
Usaha itu selaras dengan strategi Arab Saudi untuk memelihara sumber semula jadi dan membangunkan model ekologi mampan, sekali gus mengukuhkan komitmen negara terhadap perlindungan alam sekitar dan matlamat kelestarian global. – Bernama

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau
WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham


