ARTIKEL

Lebih 300 sertai Kejohanan Renang Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 301 perenang berentap dalam Kejohanan Renang Peringkat Umur Sarawak Edisi Ke-49 yang bermula hari ini hingga Ahad di Pusat Akuatik Pandelela, Petra Jaya.

Barisan perenang terlibat mewakili beberapa bahagian seperti Miri, Bintulu, Sibu, Kota Samarahan dan Kuching.

Presiden Persatuan Renang Amatur Kuching (KASA), Kelvin Yeo memberitahu, perenang terlibat dalam kejohanan tiga hari ini berumur dari sembilan hingga 17 tahun.

“Sambutan yang cukup menggalakkan untuk kejohanan kali ini.

“Kita percaya bakal berlaku pertembungan sengit membabitkan para perenang untuk kumpulan umur masing-masing sepanjang tiga hari kejohanan itu berlangsung,” ujar Kelvin.

Beliau menegaskan, penganjuran kejohanan itu diharap akan dapat mengenal pasti perenang baharu berbakat.

Sekali gus, boleh diketengahkan ke kejohanan peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU