ARTIKEL

Kredit: Bernama

Lebih 39,000 kanak-kanak yatim akibat perang Israel di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

RAMALLAH / ANKARA: Lebih 39,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim akibat perang Israel di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.  

“Seramai 39,384 kanak-kanak di Gaza kehilangan satu atau kedua-dua ibu bapa mereka selepas 534 hari serangan genosid Israel,” menurut kenyataan Biro Statistik Pusat Palestin sempena Hari Kanak-Kanak Palestin yang disambut pada 5 April.  

Kenyataan itu menjelaskan bahawa sekitar 17,000 kanak-kanak kehilangan kedua-dua ibu bapa mereka akibat serangan Israel sejak Oktober 2023.

“Kanak-kanak ini hidup dalam keadaan tragis, dengan ramai terpaksa berlindung di khemah yang koyak atau rumah yang musnah, tanpa kehadiran bantuan sosial dan sokongan psikologi.

“Semenanjung Gaza sedang mengalami krisis anak yatim terbesar dalam sejarah moden,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 17,954 kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza, termasuk 274 bayi baru lahir dan 876 bayi di bawah umur satu tahun.  

“Seramai 17 kanak-kanak juga meninggal dunia akibat kesejukan di khemah-khemah pelarian, manakala 52 yang lain mati akibat kebuluran dan malnutrisi sistematik,” menurut kenyataan biro itu.  

Biro itu memberi amaran bahawa 60,000 kanak-kanak berisiko maut akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran yang semakin kritikal di Gaza susulan sekatan Israel ke atas wilayah itu.  

Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun merangkumi kira-kira 43 peratus daripada 5.5 juta penduduk Palestin di Gaza dan Tebing Barat, menurut laporan.  

Israel memulakan serangan udara ke atas Gaza pada 18 Mac mengakibatkan lebih 1,160 orang maut serta lebih 2,700 cedera. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha