ARTIKEL

Kredit: Bernama

Lebih 40,000 Kandungan Buli Diturunkan Platform Media Sosial Setakat 15 Nov 2026 – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Kuala Lumpur: Sebanyak 40,214 kandungan berunsur buli dan 55 kandungan jelik melampau melibatkan kanak-kanak telah diturunkan platform media sosial susulan permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Jan hingga 15 Nov lepas.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata statistik penurunan kandungan berunsur buli itu merangkumi semua kategori umur dan merujuk kepada jumlah kandungan yang diturunkan, bukan jumlah kes jenayah atau mangsa terlibat.

Beliau berkata usaha menangani isu berkenaan dilaksanakan secara bersepadu oleh kementerian dan agensi berkaitan mengikut bidang kuasa serta peruntukan undang-undang masing-masing.

“Dalam membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian, MCMC turut bekerjasama dengan pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) melalui pemberian bantuan teknikal, pembekalan maklumat dan analisis forensik digital serta pelaksanaan operasi bersepadu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Fahmi menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai jumlah kes 2026 melibatkan buli siber, eksploitasi seksual dan kandungan berbahaya terhadap kanak-kanak serta keberkesanan kerangka pelesenan platform media sosial yang berkuat kuasa sejak 1 Jan 2025.

BERITA LAIN

MySP AI Bantu Kesan Perubahan Emosi Pelajar

Kuala Kangsar: Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi sistem MySP AI menawarkan pendekatan baharu bagi membantu pihak sekolah mengenal pasti perubahan tingkah laku dan emosi

BERITA TERBARU