ARTIKEL

PENERANGAN...Dato Patrick Liew (tengah) memberi penerangan kepada rombongan terbabit. | Foto: UKAS

Persiapan Gelanggang Tenis Sarawak Diperiksa Untuk Sukan SEA 2027


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penilaian ke atas kemudahan, keselamatan dan keperluan operasi gelanggang tenis menjadi antara fokus utama lawatan pemeriksaan bagi memastikan persiapan temasya Sukan SEA Ke-34 Malaysia 2027 berjalan lancar.

Pagi tadi, satu lawatan dilakukan ke gelanggang tenis yang terletak di Persatuan Lawn Tennis Sarawak (SLTA), diketuai Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew Chin Joon.

Beliau turut memberi penerangan berkaitan kemudahan yang terdapat di gelanggang berkenaan untuk kegunaan sepanjang temasya itu kelak.

Sebanyak 13 gelanggang di SLTA, pemeriksaan turut melibatkan perbincangan aspek logistik, kemudahan sokongan, keselamatan serta aliran pergerakan ketika pertandingan berlangsung.

Dalam pada itu, penelitian berkenaan bertujuan mengenal pasti keperluan yang masih belum dipenuhi, selain merancang penambahbaikan bersesuaian supaya gelanggang berkenaan dapat memenuhi keperluan pertandingan dan memastikan kelancaran operasi sepanjang Sukan SEA 2027 nanti.

Datuk Patrick Liew yang menerajui SLTA selama 31 tahun turut berkongsi pandangan persiapan gelanggang, termasuk perkara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan kemudahan dapat dimanfaatkan secara optimum sepanjang temasya.

Turut menyertai lawatan tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Khairul Nizam Morshidi serta wakil jabatan dan agensi berkaitan yang terlibat dalam penyelarasan persiapan gelanggang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU