ARTIKEL

Aktiviti penanaman pokok oleh kakitangan Sarawak Energy Berhad dan komuniti rakan kongsi.

Lebih 58,000 Pokok Ditaman Tahun Ini, SEB Perkukuh Usaha Pemuliharaan Alam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 58,687 pokok telah ditanam tahun ini oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) di kawasan operasi utamanya bagi menyokong Agenda Hijau Sarawak ke arah mewujudkan ekosistem yang lebih sihat.

Menurut kenyataan media SEB, jumlah berkenaan menjadikan kumulatif penanaman melebihi 247,355 pokok sejak kempen tersebut dimulakan pada tahun 2021.

Sehubungan itu, SEB akan terus mempergiat usaha penanaman dan perlindungan pokok serta pemuliharaan habitat selaras dengan pelaksanaan kempen yang dirancang bagi tempoh 2021 hingga 2030.

Kemajuan tersebut mencerminkan komitmen berterusan SEB untuk menanam dan melindungi sebanyak 500,000 pokok dalam tempoh 10 tahun.

Aktiviti penanaman pokok tahun ini telah dilaksanakan di beberapa lokasi utama termasuk Loji Hidroelektrik Batang Ai, Murum dan Kapit, selain Taman Perindustrian Samalaju di Bintulu.

Selain itu, beberapa kawasan komuniti turut dikenal pasti bagi tujuan pemulihan tapak, yang dipilih menerusi perundingan bersama rakan kongsi berkaitan bagi menyokong usaha pemulihan habitat secara berterusan.

Komuniti rakan kongsi seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak sekolah dan agensi tempatan turut memainkan peranan penting dengan bekerjasama rapat bersama SEB bagi meningkatkan kesedaran pemuliharaan serta menyokong pemulihan habitat jangka panjang di kawasan masing-masing.

Ketua Pegawai Operasi SEB, Datuk James Ung berkata, program tersebut mencerminkan tanggungjawab organisasi dalam menyumbang secara positif kepada alam sekitar dan komuniti setempat.

“Penanaman pokok adalah lebih daripada sekadar inisiatif alam sekitar. Ia menyokong kesihatan ekosistem, meningkatkan kualiti alam sekitar serta mengukuhkan daya tahan masyarakat di sekeliling kita.

“Kami menyedari bahawa pembangunan dan perlindungan alam sekitar perlu bergerak seiring dan program ini merupakan antara pendekatan SEB dalam menyumbang kepada pengurusan alam sekitar, iaitu salah satu bidang tumpuan utama di bawah usaha pelaburan sosial kami,” katanya.

Beliau menambah bahawa SEB akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan, agensi, komuniti tempatan, sekolah serta rakan kongsi alam sekitar bagi mencapai sasaran penanaman 500,000 pokok.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan pemegang kepentingan bagi memastikan setiap usaha penanaman menyumbang secara bermakna kepada pemulihan jangka panjang.

Matlamat 500,000 pokok ini bukan sekadar untuk mencapai sasaran, sebaliknya bertujuan memulihkan habitat secara bertanggungjawab, memperkukuh daya tahan iklim serta menyampaikan nilai alam sekitar yang berkekalan untuk Sarawak,” ujarnya.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan