ARTIKEL

Lebih 60 terbunuh dalam serangan di Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WILAYAH PALESTIN: Kementerian kesihatan Hamas Gaza melaporkan pada awal Isnin lebih 60 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di seluruh wilayah itu semalaman.

Ia berkata, berpuluh-puluh orang turut cedera dalam apa yang disifatkan oleh pejabat media kumpulan militan itu sebagai serangan “keras” Israel dan pengeboman artileri di seluruh Semenanjung Gaza.

Serangan itu melanda bandar selatan Khan Yunis dan Rafah, serta kawasan sekitar Bandar Gaza, kata pejabat media.

Ia berkata, dua hospital, sekolah perempuan dan berpuluh-puluh rumah adalah antara sasaran.

Hospital, dilindungi di bawah undangundang kemanusiaan antarabangsa, telah berulang kali dilanda serangan Israel di Gaza sejak perang meletus.

Tentera Israel menuduh Hamas mempunyai terowong di bawah hospital dan menggunakannya sebagai pusat arahan, serta mengeksploitasi infrastruktur awam secara umum untuk melindungi aktivitinya satu tuduhan yang dinafikan kumpulan Islam itu.

Peperangan di Gaza bermula apabila pejuang Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, mengakibatkan kira-kira 1,140 kematian di Israel, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi.

Militan juga merampas kira-kira 250 tebusan, 132 daripadanya menurut Israel kekal di Gaza, termasuk sekurangkurangnya 25 dipercayai telah terbunuh.

Israel berikrar untuk memusnahkan Hamas sebagai tindakan balas dan melancarkan kempen ketenteraan tanpa henti yang telah membunuh sekurangkurangnya 23,968 orang di wilayah Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza.

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha