ARTIKEL

Lebih 71,000 rakyat Perlis dapat manfaat program jualan RAHMAH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANGAR: Program Jualan Rahmah (PJR) yang mula dilancarkan di Perlis pada 16 April lepas terus mendapat sambutan pelbagai masyarakat dan telah memberi manfaat kepada 71,176 pengguna terutama mereka yang memerlukan daripada golongan B40.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis Norazah Jaapar berkata setakat ini, PJR telah diadakan sebanyak 45 kali meliputi 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“Nilai jualan keseluruhan PJR sehingga kini adalah sebanyak RM957,340 dan melibatkan perbelanjaan keseluruhan termasuk subsidi berjumlah RM513,617.12 … antara barangan dijual yang mendapat sambutan tinggi ialah beras, tepung gandum, minyak masak, bihun, bawang dan makanan kering,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata PJR di negeri ini dilaksanakan secara dua kaedah iaitu jualan di dalam dan luar premis serta diadakan di lokasi berbeza untuk memastikan semua rakyat mendapat manfaat daripadanya.

“Bagi jualan di luar premis, KPDN Perlis mengadakan kolaborasi dengan pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi jabatan kerajaan … selain itu, premis-premis perniagaan juga terlibat sebagai rakan strategik dalam pelaksanaan PJR,” katanya.

Norazah berkata KPDN Perlis menyusun strategi agar kebolehcapaian ini dapat dilaksanakan menerusi Jualan Rahmah Bergerak dan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan komuniti setempat.

“Rakyat negeri Perlis khasnya diminta untuk mengikuti Facebook KPDN Perlis untuk mendapatkan kemas kini berhubung penganjuran PJR di sekitar negeri ini.

“Kami turut menerima maklum balas daripada rakyat bagi tujuan penambahbaikan, antaranya pengguna meminta agar program ini diadakan secara lebih kerap di tempat mereka terutama di kawasan yang berjauhan dari pasar raya seperti di FELDA dan FELCRA,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama

BEIJING, China: Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa lepas, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA). Tiga

Khairul Aming, Sofyank bawa isu Palestin

PEMPENGARUH terkenal, Khairul Aming, bekerjasama dengan Sofyank bagi menghasilkan sebuah video infografik tentang situasi yang berlaku di Rafah dan Jabalia pada ketika ini. Menurut Khairul,