ARTIKEL

MATTHEW tiba di Simanggang untuk menghadiri Perhimpunan Bulanan KPDN Sarawak di sini, hari ini.

Lebih 800,000 pengunjung Program Jualan Rahmah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Lebih 800,000 pengunjung direkodkan menerusi 734 siri Program Jualan RAHMAH (PJR) di Sarawak tahun lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, setiap siri PJR mendapat sambutan hangat daripada masyarakat.

“Pada 2023, KPDN telah mengadakan 734 siri PJR di Sarawak dengan rekod pengunjung lebih 807,000 orang.

“Ini menunjukkan sambutan yang baik kerana kita menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian bermula 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa,” katanya ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan KPDN Sarawak di sini, hari ini.

Pada tahun ini jelasnya, KPDN terus menyasarkan lebih banyak PJR.

“Sepanjang 2024, kita sasarkan dua kali dalam masa sebulan untuk setiap 31 kawasan parlimen.

Jadi minimum kita akan ada 62 PJR yang dilaksanakan secara dalam premis, luar premis dan bergerak.

“Bagaimanapun setakat ini (26 Februari) kita telah melaksanakan 134 PJR, iaitu 98 di dalam premis dan 36 PJR bergerak.

“Apa yang kita nampak semua rakan strategik telah memberi kerjasama yang sangat padu.

“Tiada sebarang isu timbul ekoran mereka (pelaksana) telah diberi garis panduan yang jelas,” ujarnya.

Pada musim perayaan tambah Matthew, KPDN mengambil inisiatif berkolaborasi dengan rakan strategik untuk melaksanakan PJR sempena musim perayaan.

“Misalnya yang dilaksanakan pada musim Tahun Baharu Cina (TBC) lalu.

“Tidak lama lagi Ramadan, maka akan ada PJR di bazar Ramadan, seterusnya Aidilfitri,” katanya.

PJR merupakan program anjuran KPDN yang menawarkan penjimatan harga barangan keperluan.

Antara barangan keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, gula putih bertapis, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran, buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)