ARTIKEL

Lebih 90 Peratus Farmasi Di Perancis Ditutup Pada 16 Ogos Akibat Mogok – Kesatuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MOSCOW: Lebih 90 peratus farmasi di Perancis akan ditutup pada Sabtu susulan mogok oleh ahli farmasi yang membantah keputusan kerajaan mengurangkan diskaun dagangan untuk farmasi, menurut Kesatuan Ahli Farmasi (USPO), lapor Sputnik/RIA Novosti.


Kerajaan Perancis sebelum ini meluluskan resolusi menurunkan had maksimum diskaun dagangan bagi pembelian ubat oleh farmasi daripada 40 peratus kepada 30 peratus mulai September. 
Pada 2027, angka itu akan dikurangkan lagi kepada 20 peratus.


“Berdasarkan keputusan unilateral, tidak adil dan berbahaya ini terhadap masa depan rangkaian farmasi, sebanyak 92 peratus farmasi Perancis akan menutup operasi pada Sabtu, 16 Ogos, atas seruan USPO dan dengan sokongan sebulat suara persatuan farmasi,” menurut kenyataan pertubuhan itu pada Khamis.


Di wilayah Paris, sekitar 70 peratus farmasi akan ditutup, lapor stesen radio RMC.


USPO menuntut penggantungan segera peraturan baharu itu kerana ia boleh menyebabkan banyak farmasi gulung tikar akibat masalah kewangan dan memburukkan lagi kekurangan bekalan ubat. 
Ahli farmasi turut mengancam akan melancarkan mogok tanpa had dan tindakan “belum pernah berlaku” mulai September jika pihak berkuasa tidak mengubah keputusan berkenaan.
— BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Rayong cadang Engkilili dinaik taraf jadi daerah penuh

KUCHING: Cadangan menaik taraf Daerah Kecil Engkilili kepada daerah penuh perlu dipercepat bagi memudahkan urusan penduduk dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan, khususnya kepada masyarakat di