ARTIKEL

Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Lebih 9,000 doktor kontrak ditawar jawatan tetap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap pada 2027, manakala doktor yang menamatkan latihan siswazah selepas ini akan terus ditawarkan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu merupakan usaha kerajaan untuk menoktahkan isu doktor kontrak yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

“Sejak 2023, Kerajaan MADANI melantik secara tetap lebih 15,000 doktor kontrak, termasuk 4,000 pada tahun ini. Bagi 2027, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Bayaran Insentif Pos Basik kepada 47,000 anggota paramedik dan jururawat akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan sebagai penghargaan terhadap tanggungjawab besar yang dipikul mereka.

Kerajaan turut menaikkan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kesihatan Udara daripada RM30 kepada RM100 susulan nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara di Long Lellang yang mengorbankan petugas barisan hadapan.

Bagi mengurangkan tempoh menunggu rawatan, peruntukan untuk menyumber luar pesakit ke hospital lain ditingkatkan kepada RM200 juta.

Skop kerjasama itu turut diperluas bagi membolehkan sektor awam menggunakan fasiliti kesihatan swasta, termasuk dewan bedah. Aturan sesi untuk pakar kerajaan yang bersara dan pakar swasta juga akan lebih anjal, dengan tempoh maksimum ditingkatkan.

Selain itu, skop program berkenaan diperluas meliputi Saringan Bayi Baru Lahir Diperluas, Ujian Genetik Pranatal dan perkhidmatan rehabilitasi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU