KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah merekodkan 96,844 tangkapan warga asing atas pelbagai jenayah dari 2024 hingga September lepas, menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail.
Daripada jumlah itu, tangkapan meningkat 10.9 peratus atau 3,604 kes kepada 36,740 pada tahun berikutnya, berbanding 33,136 pada 2024.
Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, polis mencatat 26,968 tangkapan.
Dalam kenyataan hari ini, Mohd Khalid menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak tegas terhadap pelanggaran undang-undang dan jenayah melibatkan warga asing, termasuk memperkukuh sinergi dengan agensi lain melalui operasi bersepadu, perkongsian risikan dan penguatkuasaan lebih berkesan seperti dilapor Bernama.
Beliau menjelaskan PDRM berpegang kepada prinsip kesamarataan di sisi undang-undang, malah menyeru masyarakat terus menjadi rakan strategik polis dengan menyalurkan maklumat jenayah kepada pihak berkuasa.



