ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki 40 tahun ditahan, kes penemuan beg bagasi mencurigakan di Suria KLCC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun bagi membantu siasatan susulan penemuan sebuah beg bagasi mencurigakan di hentian bas berhampiran Suria KLCC, Jalan Ampang, malam ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Ahmad Azwan Amin Nordin, menyatakan pihaknya menerima maklumat tentang penemuan objek itu pada pukul 7.17 malam.

Susulan aduan tersebut, anggota Unit Pemusnah Bom (UPB), Unit K9 dan Unit Forensik Polis Kuala Lumpur digerakkan ke lokasi untuk membuat pemeriksaan dan mengawal keadaan.

Pemeriksaan itu mengesahkan bagasi berkenaan tidak mengandungi sebarang ancaman bom, manakala suspek ditahan untuk membantu siasatan, menurut kenyataan beliau.

Dalam pada itu, Ahmad Azwan menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, selain boleh menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Lelaki didenda RM3,500 rosakkan motosikal rakan

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didenda RM3,500 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merosakkan motosikal rakannya dengan menendangnya

BERITA TERBARU

Festival budaya pacu sasaran 5.1 juta pelawat ke Sarawak

KUCHING: Penganjuran festival kebudayaan berpotensi menjadi antara pemacu utama pertumbuhan industri pelancongan Sarawak bagi mencapai sasaran 5.1 juta ketibaan pelawat serta RM14 bilion hasil pelancongan

Warisan 34 etnik asas perpaduan Sarawak

KUCHING: Kepelbagaian 34 kumpulan etnik di Sarawak yang memiliki bahasa, adat resam dan warisan tersendiri perlu terus dipelihara sebagai kekuatan identiti negeri serta asas perpaduan