Trending

Lebih baik tolong daripada melolong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Kerjasama dan sokongan padu amat penting bagi memastikan agenda pembangunan kerajaan Parti Gabungan Sarawak (GPS) dapat dilaksanakan dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab berkata, kerajaan tetap akan meneruskan perjuangannya dalam usaha menjaga kepentingan dan kesejahteraan seluruh rakyat.

Bagaimana pun katanya, sebahagian usaha berkenaan tidak dapat dilaksanakan serentak sebaliknya mengambil masa yang agak lama.

“Oleh kerana itu, kesabaran rakyat amat penting dan mereka perlu memberikan kerjasama agar setiap perancangan kita dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Dalam hal yang berkaitan, mereka perlu membantu dan bukannya menyuarakan rasa tidak puas hati terutama di laman sosial. Sikap itu tidak membawa manfaat sebaliknya hanya menimbulkan kekeliruan dan salah faham,” katanya pada Majlis Mesra Gawai di Dewan Masyarakat Kampung Kerubong di sini hari ini.

LEN TALIF dan Yusuf bersama penduduk yang hadur memeriahkan majlis sambutan Gawai di Dewan Masyarakat Kerubong Selalang.

Pada masa sama Yusuf menggesa agar setiap permasalahan setempat diketengahkan mengikut saluran yang betul.

Dalam perkembangan yang berkaitan beliau memgumumkan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 sebanyak RM900,000 untuk melaksanakan pelbagai projek di kawasan Kerubong dan Kerapa.

Antaranya, membina jalan tar menuju ke Rumah Mambang Mek (Kerapa), merata dan melebarkan keluasan hadapan dan belakang rumah Jawa Sungai Kerubong, naiktaraf jalan masuk rumah Prada Kerapa, membekal dan penyambungan paip utama ke rumah Manggang dan bina baharu padang futsal rumah Jawa.

Program bertambah seri dengan kehadiran Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh.

Kedua-dua pemimpin menyempurnakan acara memotong renyai.

 

 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru