ARTIKEL

Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu (PKMM) Malaysia dan Presiden PKMM Sarawak Datuk Ismail Suut.

Lebih Banyak Peluang untuk Kontraktor Tempatan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tambahan peruntukan RM3.5 bilion untuk kontraktor Bumiputera Gred G1 hingga G4 di bawah Belanjawan 2027 membuka lebih banyak peluang kepada kontraktor tempatan Sarawak, khususnya dalam menghadapi cabaran kos logistik dan pelaksanaan projek di kawasan pedalaman.

Naib Presiden Persatuan Kontraktor Melayu (PKMM) Malaysia, Datuk Ismail Suut berkata, peningkatan peruntukan perolehan kepada RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion sebelum ini dijangka memberi manfaat kepada kontraktor kecil dan sederhana.

“Keluasan geografi Sarawak, akses terhad ke kawasan tertentu dan kos logistik yang lebih tinggi berbanding Semenanjung Malaysia menjadikan pelaksanaan projek, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, lebih mencabar.

“Peruntukan tambahan ini amat bermakna kepada kontraktor tempatan yang mempunyai pengalaman dan keupayaan melaksanakan projek di kawasan berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Presiden PKMM Sarawak berkata, kelonggaran kaedah perolehan bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan, selain keputusan membenarkan projek menggunakan pelan prakelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR) dipelawa melalui kaedah sebut harga sangat membantu.

“Langkah ini dapat mempercepat pelaksanaan projek kemudahan awam seperti jalan raya, jambatan, sekolah dan klinik, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat “ujarnya.

Menjelas lanjut, beliau berkata pengembalian Klausa Perubahan Harga bagi diesel dan bitumen merupakan langkah penting dalam membantu kontraktor menangani kenaikan kos pelaksanaan projek.

“Pun begitu, keberkesanan dasar ini bergantung pada pelaksanaannya yang telus, adil dan teratur “jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata PKMM Sarawak berharap peruntukan berkenaan diagihkan secara telus dan saksama melalui kaedah yang terbuka kepada semua kontraktor yang layak.

“Saya turut berharap projek dilaksanakan mengikut jadual dan tidak tertangguh melepasi 2027 bagi memastikan manfaat peruntukan itu dapat dinikmati mengikut perancangan.

“Bahkan, butiran pelaksanaan VOP perlu dimaklumkan segera manakala kenaikan harga bahan binaan lain seperti simen dan besi turut diberikan perhatian.”ujarnya.

Tambahnya, pembayaran kepada kontraktor juga perlu dibuat tepat pada masanya kerana aliran tunai yang lancar amat penting bagi memastikan kelangsungan operasi syarikat kecil dan sederhana.

“Kontraktor tempatan perlu diberikan peluang meningkatkan kapasiti dan kemahiran supaya lebih ramai berupaya meningkatkan gred serta bersaing secara sihat dalam industri pembinaan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata PKMM Sarawak komited untuk terus bekerjasama dengan kementerian, agensi pelaksana dan pihak berkaitan.

“Kami akan memastikan manfaat Belanjawan 2027 dapat dinikmati kontraktor tempatan serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak,”ujarnya.

BERITA LAIN

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian

BERITA TERBARU

Jalan Balingian-Sungai Anak perlu dinaik taraf

KUCHING: Penyelenggaraan, kerja naik taraf serta penyambungan pembinaan Jalan Persekutuan Balingian–Sungai Anak yang menghubungkan rangkaian Jalan Pan Borneo perlu diberikan perhatian serius, kata ADUN Balingian

Naik Taraf Balingian Sebagai Daerah Penuh

KUCHING: Daerah Kecil Balingian dicadangkan agar dinaik taraf kepada daerah penuh berdasarkan keluasan kawasan, perkembangan penduduk, pertumbuhan ekonomi serta peningkatan keperluan perkhidmatan kerajaan. ADUN Balingian