ARTIKEL

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyampaikan anugerah “Malaysia’s World Sword Master kepada atlet negara Wng Weng Suu pada Majlis Pengurniaan Sijil Pencapaian kepada ahli pasukan wushu Negeri Sembilan di Dewan N.S. Chin Woo hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. --fotoBERNAMA (2024)

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan Wusyu tahun ini – Hannah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

Menteri berkenaan Hannah Yeoh berkata peruntukan itu dilaksanakan menerusi Program Bakat dan Pelapis termasuk geran bantuan kepada 14 Majlis Sukan Negeri, elaun jurulatih serta sokongan untuk pertandingan dan pengelolaan kejohanan dalam negeri.

“Ini merupakan pengiktirafan kepada sukan ini, wusyu merupakan antara sukan dengan persatuan yang sangat aktif mencari bakat baharu, jadi, saya berharap program dan kem bakat yang dianjurkan pada tahun ini akan diteruskan tahun hadapan.

“Saya harap persatuan sukan lain juga boleh mencontohi persatuan ini dalam pencarian bakat baharu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengurniaan Sijil Pencapaian Ahli Pasukan Wusyu Negeri Sembilan yang turut dihadiri Presiden Persekutuan Wusyu Malaysia Chong Kim Fatt di sini hari ini.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Hannah berkata bantuan penganjuran kejohanan sukan wusyu seluruh negara juga diluluskan oleh KBS melalui Geran Padanan Sukan iaitu pada 2023 sebanyak RM300,000 dan Dana Sukan Komuniti (RM59,000) dan tahun ini membabitkan RM214,000 untuk lima kejohanan serta RM180,000 untuk Program Cari Bakat Sukan Wusyu.

Menurutnya, KBS merasa bangga kerana peruntukan dan bantuan itu membuahkan hasil dengan pencapaian atlet negara yang meraih pelbagai pingat dalam beberapa kejohanan termasuk di Sukan SEA Cambodia 2023 dan Kejohanan Wusyu Dunia ke-16 2023.

“Apa yang menarik ialah kini sukan wusyu bukan sahaja disertai oleh masyarakat Cina malah boleh dijuarai atlet Melayu. Ini membuktikan bahawa sukan merupakan medium perpaduan dan kesefahaman antara rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata penting bagi seseorang atlet berada dalam persatuan bagi memastikan bakat, latihan dan kemahiran mereka dapat terus diasah selain membantu pembangunan generasi atlet yang lebih muda.

Hannah berkata KBS turut mengalu-alukan penglibatan atlet dalam pentadbiran sukan termasuk menganjurkan lebih banyak kursus berkaitan sukan dan pengurusan berikutan mereka lebih mengetahui dan memahami keperluan atlet.

Terdahulu, beliau berkata majlis hari ini dianjurkan sebagai penghargaan atas komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan atlet selain menjadi inspirasi kepada bakat baharu yang berminat menceburi sukan wusyu.

“Ia juga sebagai platform penting memperkenalkan sukan wusyu kepada masyarakat selain pengiktirafan terhadap hasil usaha dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, kementerian dan jabatan serta persatuan sukan,” katanya, – BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU