ARTIKEL

Lebih selamat jika cermin gelap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke membenarkan penggunaan lapisan filem atau cermin gelap tanpa had dibenarkan pada cermin sisi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan.

Bagi Abu Bakar Rahman 24, penggunaan cermin gelap penting bagi negara beriklim panas seperti Malaysia.

“Tanpa penggunaan cermin gelap, kita memerlukan suhu penghawa dingin tinggi. Hal ini menyebabkan penggunaan petrol juga tinggi,” ujarnya.

Menurut Mercellinnie Paderik, 24, pelaksanaan peraturan cermin gelap ini bagus terutama bagi wanita untuk mengelak lebih banyak kejadian jenayah.

“Terlaksananya peraturan ini, kadar jenayah seperti ragut dan pecah kereta dapat dielakkan.

“Kaum wanita memandu bersendirian juga lebih selamat kerana orang tidak dikenali tidak dapat melihat barangan di dalam kereta,” jelasnya.

Bagi Jeamie Samanta Kanyau, 23, penggunaan cermin gelap boleh mengelakkan seseorang daripada terkena strok haba.

“Seperti kita maklum, sekarang fenomena panas melampau sering berlaku di negara kita terutamanya di kawasan bandar besar seperti Kuching.

“Kalau boleh pasanglah lapisan filem yang mengandungi perlindungan UV untuk lebih berkesan,” kata Jeamie.

Baca lain  S’wak, Sabah semakin penting

Bagi Nur Hawanis Balqis Ho Abdullah, 32 pemandu akan merasa lebih selesa semasa memandu ketika waktu panas.

“Keselesaan pemandu adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan yang tidak diingini,” jelasnya.

Arif Fiezwan Janizam, 22, pemasangan cermin lebih gelap akan mengurangkan kes pecah kereta.

“Kadang-kadang seseorang tertinggal barangan berharga mereka seperti beg duit, telefon bimbit atau lain-lain di dalam kereta.

“Cermin gelap akan menyebabkan barangan di dalam kereta tidak dapat dilihat dari luar kereta,” katanya.

Peraturan baharu itu menentapkan tiada had cermin gelap kenderaan persendirian bagi sisi kanan, kiri dan belakang penumpang manakala kadar ketelusan cahaya tampak bagi bahagian cermin depan dan cermin kiri serta kanan pemandu masing-masing kekal 70 dan 50 peratus seperti peraturan sedia ada.

BERITA LAIN

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,