»PELAKON, Lee Je Hoon dilaporkan menjalani pembedahan kecemasan akibat jangkitan radang usus yang menyebabkannya mengalami sakit perut, baru-baru ini.
“Pembedahan Lee Je Hoon berjaya.
“Kami perlu memantau kemajuan pemulihannya, tetapi dia mungkin perlu dirawat di hospital selama lebih kurang seminggu,” jelas agensi Company On menerusi satu kenyataan.
Oleh itu, agensinya berkata Lee Je Hoon tidak menghadiri upacara pembukaan Festival Filem Antarabangsa Busan ke-28 pada 4 Oktober dan Anugerah Filem Buil 2023 pada 5 Oktober.



