ARTIKEL

Kredit: Bernama

Legenda irama Disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kumpulan legenda yang cukup popular pada era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan di Mega Star Arena KL sebagai sebahagian daripada jelajah sambutan jubli emas mereka.

Dalam satu kenyataan di sini, penganjur konsert Lo-Fi Entertainment dan Front Row Entertainment berkata Boney M masih mempunyai daya tarikan luar biasa setiap kali mengadakan konsert jelajah. 

“Maizie Williams yang mengetuai persembahan tersebut mampu memikat penonton tanpa mengira usia dengan rangkaian lagu-lagu hits Boney M yang tidak jemu didengar, begitu energetik dan gerak tari yang menggetarkan.

“Lagu-lagu popular dendangan Boney M seperti ‘Daddy Cool’, ‘Sunny’, ‘Ma Baker’, ‘Rasputin’, ‘Hooray! Hooray! It’s a Holi-Holiday’, ‘Brown Girl In The Ring’ dan banyak lagi yang menjadi ikutan ramai sejak 1970-an hingga kini masih digemari ramai,” demikian menurut kenyataan itu.

Perjalanan kerjaya seni Boney M bermula apabila mendiang penerbit muzik Frank Farian menerbitkan lagu ‘Baby Do You Wanna Bump’ dengan menggunakan nama samaran, dan tanpa diduga lagu itu mendapat sambutan hangat hinggakan beliau mengupah Maizie Williams untuk membuat penampilan secara langsung.

Menyertai Maizie Williams kemudiannya ialah Marica Barrett, Liz Mitchell dan mendiang Boby Farrell. 

Tiket boleh didapati di www.ticketingtix.com dan www.frontrow.asia bermula 12 tengah hari pada Jumaat ini (15 Nov),  berharga RM188 hingga RM RM688 (VIP). — Bernama

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha