ARTIKEL

Penunggang motosikal 20 tahun maut dalam kemalangan di One TJ semalam.

Lelaki 20 tahun maut dalam kemalangan di bulatan Jalan Setia Raja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 20 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di bulatan Jalan Setia Raja berhampiran One TJ, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku kira-kira 6.20 pagi dan membabitkan sebuah lori rigid jenis Nissan serta motosikal Yamaha 135LC.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori berkenaan dalam perjalanan dari Muara Tabuan menuju ke Bau.

“Apabila tiba di bulatan Jalan Setia Raja berhampiran One TJ, lori berkenaan sedang bergerak di dalam bulatan sebelum dilanggar pada bahagian kiri oleh motosikal yang ditunggang mangsa ketika memasuki bulatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian pinggul dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa, katanya, bagaimanapun disahkan meninggal dunia di Zon Merah HUS pada 10.31 pagi ketika sedang menerima rawatan.

Alexson berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp. Saundri Govinda Rajoo di talian 011-27549620 atau 082-259900.

“Maklumat juga boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” jelasnya.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,