ARTIKEL

MAUT…Lelaki berusia 34 tahun dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya kendiri di kawasan Sentosa Parade, berhadapan Bank Rakyat, awal pagi tadi.

Lelaki 34 Tahun Maut Dalam Kemalangan Kendiri Di Sentosa Parade

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 34 tahun dilaporkan maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya kendiri di kawasan Sentosa Parade, berhadapan Bank Rakyat, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.32 pagi, sebelum sebuah jentera bersama dengan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Pasukan penyelamat tiba hanya beberapa minit kemudian dan mendapati sebuah kereta jenis sedan terbabas dalam kejadian tersebut.

“Mangsa, seorang lelaki dewasa, masih berada di dalam kenderaan ketika ditemui, namun tidak mengalami keadaan tersepit,” katanya dalam kenyataan.

Tambah jurucakap itu, usaha mengeluarkan mangsa segera dijalankan menggunakan peralatan khas operasi kemalangan jalan raya (RTA) oleh pasukan bomba.

Selepas berjaya dikeluarkan katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

“Mayat lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut serta siasatan punca kejadian,” katanya.

Selain operasi menyelamat, jurucakap berkata. anggota bomba turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan kejadian bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan oleh pengguna jalan raya.

“Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada 5.10 pagi selepas keadaan disahkan terkawal pada 2.05 pagi,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU