ARTIKEL

Lelaki 53 tahun ditahan curi dompet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kejadian kecurian di sebuah kedai runcit di Bandar Baru Permyjaya, semalam.

Penahanan itu dibuat susulan laporan yang diterima berhubung kehilangan barangan milik seorang pelanggan di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal dijalankan sejurus laporan diterima bagi mengenal pasti individu yang disyaki.

“Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Miri kemudian menjalankan risikan dan operasi khas di sekitar kawasan Bandar Baru Permyjaya.

“Hasil operasi tersebut, suspek berjaya diberkas dan beberapa barangan dipercayai milik mangsa turut dirampas bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd Farhan, kejadian dilaporkan berlaku pada 17 Februari 2026 kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah kedai runcit di Jalan Dato Permaisuri.

Mangsa katanya dilaporkan mengalami kerugian membabitkan sebuah dompet yang mengandungi dokumen peribadi serta wang tunai, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM350.

“Suspek kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” jelasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU