ARTIKEL

Lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki menjual air ketum sejak Oktober tahun lalu.

Lelaki 53 tahun ditahan jual air ketum di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seorang lelaki yang disyaki menjual air ketum sejak Oktober tahun lalu ditahan polis dalam satu operasi di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Petanak, di sini, semalam.

Lelaki tempatan berusia 53 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, kira-kira jam 6.45 petang.

Lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki menjual air ketum sejak Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, pemeriksaan di lokasi membawa kepada rampasan sebotol plastik lutsinar yang mengandungi kira-kira 2,700 mililiter cecair berwarna hijau keruh disyaki air ketum.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku menjalankan kegiatan penjualan air ketum sejak Oktober 2025 sehingga kini.

Air ketum yang dirampas dalam operasi itu.

“Suspek turut memaklumkan bahawa bekalan daun ketum diperoleh dari Kampung Ensengei, Simunjan, dan kali terakhir menjual dua botol air ketum kira-kira jam 3 petang pada hari kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek kemudian dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Mukah untuk tindakan lanjut, manakala hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah.

Jelas Rizal, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah bagi siasatan lanjut.

Tegasnya, Polis Daerah Mukah akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang berkaitan dengan penyalahgunaan dan penjualan bahan terlarang di daerah itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU