ARTIKEL

JATUH… Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Lelaki cedera jatuh kren semasa pasang papan iklan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari sebuah kren ketika melakukan kerja pemasangan papan iklan di sebuah premis perniagaan di Pekan Tapah, Jalan Kuching–Serian, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK I Shaiful Ismail Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 10.53 pagi, hari ini.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Shaiful, setibanya pasukan bomba di lokasi didapati mangsa terjatuh dari ketinggian kira-kira 10 kaki ketika memasang papan iklan.

Katanya lagi, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

“Anggota bomba bertindak membantu mengangkat mangsa sebelum memberikan rawatan awal dan menstabilkan keadaannya dengan bantuan Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU