SARIKEI: Seorang lelaki cedera setelah terlibat dalam kemalangan kendiri dan terbabas ke tepi jalan di Jalan Meruton Baji, di sini, hari ini.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei Mahmudin Narudin, pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden tersebut pada jam 2.28 petang.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, kemalangan melibatkan kereta Perodua Kelisa, dipandu sendiri oleh seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Khairul Fahmi Ayub.
“Mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dari dalam kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Jelasnya, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa oleh pihak ambulans ke Hospital Sarikei.
Tambahnya, setelah mendapati keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.





