ARTIKEL

Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terbakar dalam kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo, berhampiran SMK Melugu, Sri Aman, hari ini. Foto JBPM

Lelaki cedera, kereta dipandu terbakar dalam kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandu terbakar dalam kemalangan kendiri di Jalan Pan Borneo, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian itu mangsa berusia 31 tahun cedera di bahagian kaki.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu 7.18 pagi dengan menggerakkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang menghala ke Kuching telah terbakar keseluruhan akibat daripada kemalangan kendiri dan terbabas ke dalam parit.

“Anggota berjaya memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula pam jentera serta sumber air tangki jentera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa berjaya keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba sampai di lokasi.

“Unit EMRS telah melakukan pemeriksaan perubatan terhadap mangsa dan mendapati mangsa stabil serta hanya mengalami cedera ringan,” ujarnya. – TVS

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang