KUCHING: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan dinaikinya terbalik akibat kemalangan kendiri di Jalan Sematan-Lundu semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan sekitar jam 11.50 malam sebelum mengerahkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.
Menurut kenyataan itu mangsa dikenali sebagai Mohd Nigel Rajaie Openg berusia 34 tahun.
Dedahnya kejadian difahamkan berlaku selepas kereta dipandu mangsa hilang kawalan, menyebabkannya terbabas lalu terbalik di atas jalan.
“Mangsa yang masih terperangkap di bahagian tempat duduk pemandu berjaya dikeluarkan oleh pasukan operasi setibanya di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan mengalami kecederaan ringan untuk tindakan lanjut.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my