ARTIKEL

Tertuduh dibawa keluar dari bilik Mahkamah Majistret 3 oleh anggota polis.

Lelaki curi snek coklat dan bir dipenjara dua bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana mencuri empat paket snek coklat dan tiga tin bir milik sebuah pasar raya di Matang, Selasa lalu (17 November).

Mohamad Aiman Aqil Julaihi, 25, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dua paket Nestle Milo Bites Double Choc, dua paket Cadbury Dairy Mil Chips More dan tiga tin bir jenama Tiger.

Dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah pasar raya terkemuka di Matang, sekitar jam 9.15 malam, 17 November lepas.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu bertugas sebagai pengawal keselamatan pasar raya berkenaan ternampak tertuduh dalam keadaan mencurigakan.

Tertuduh telah mengambil beberapa barangan, iaitu dua paket Nestle Milo Bites Double Choc berharga RM8.70 setiap paket, dua paket Cadbury Dairy Milk Chips More berharga RM7.20 setiap paket dan tiga tin Tiger Lager Beer berharga RM8.90 setiap tin, tanpa membuat sebarang bayaran.

Pengadu kemudian mengekori tertuduh tetapi berjaya melarikan diri dan gagal dikesan.

Namun, pengadu terserempak dengan tertuduh apabila ditahan oleh tiga pengawal keselamatan kerana disyaki mengintai serta merakam seorang wanita yang berada dalam tandas.

Laporan polis dilakukan oleh pengadu dan tertuduh diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah mencuri barang-barang dalam pasar raya berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdurrahman Abrar Jami, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Penagih tegar dipenjara tujuh tahun

KUCHING: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana terlibat dalam pengambilan dadah secara berulang. Zamali Hassan, 63, mengaku

BERITA TERBARU

Penagih tegar dipenjara tujuh tahun

KUCHING: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen hari ini, kerana terlibat dalam pengambilan dadah secara berulang. Zamali Hassan, 63, mengaku