ARTIKEL

LAWAT…. Dr. Mahathar bersama rombongan mengadakan lawatan ke KK Kuala Balingian, semalam.

Infrastruktur, tenaga kerja KK Kuala Balingian diberi perhatian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penambahbaikan kemudahan fizikal dan pengukuhan tenaga kerja dikenal pasti sebagai keperluan utama bagi memastikan Klinik Kesihatan (KK) Kuala Balingian terus menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada penduduk setempat.

Antara cadangan penambahbaikan bagi 2027 termasuk pemasangan pagar keselamatan, menaik taraf sistem perparitan, membina bumbung tambahan serta menyediakan tangki simpanan air untuk kegunaan klinik dan kuarters kakitangan.

RAKAM KENANGAN…. Dr. Mahathar merakam kenangan bersama yang lain selepas lawatan tersebut.

Perkara itu dikenal pasti menerusi lawatan kerja Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Mahathar Abd Wahab ke klinik berkenaan, semalam, bagi meninjau operasi fasiliti dan penyampaian perkhidmatan kesihatan primer.

Selain infrastruktur, keperluan menambah baik penjawatan kejururawatan turut diberi perhatian bagi memastikan kelancaran operasi klinik.

KK Kuala Balingian terletak kira-kira 87 kilometer dari Bandar Mukah dan 20 kilometer dari Pekan Balingian. Sebelum pembinaan jambatan, klinik berkenaan hanya boleh diakses melalui jalan air menggunakan perahu panjang.

Sepanjang lawatan itu, Mahathar turut meninjau beberapa unit utama termasuk Jabatan Pesakit Luar dan Unit Kesihatan Ibu dan Anak bagi melihat aliran penyampaian perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Klinik berkenaan turut menggunakan Sistem Pengurusan Klinik Berasaskan Awan (CCMS) sejak Disember 2025, selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperluas pendigitalan perkhidmatan kesihatan.

Penggunaan sistem itu dijangka meningkatkan kecekapan pengurusan pesakit serta melancarkan urusan penyampaian perkhidmatan.

Lawatan itu turut merangkumi tinjauan keadaan bangunan klinik dan kuarters kakitangan bagi menilai aspek keselamatan, kapasiti serta keperluan infrastruktur sokongan.

KKM komited memastikan cabaran operasi dan keperluan penambahbaikan klinik berkenaan diberi perhatian bagi menyediakan persekitaran lebih selamat dan selesa kepada kakitangan serta penduduk yang mendapatkan rawatan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Lapan pasukan buru kejuaraan SAYFT 2026

SRI AMAN: Sebanyak lapan pasukan bakal berentap memburu gelaran juara kategori Bawah 14 Tahun pada Kejohanan Bola Sepak Remaja 2026 (SAYFT 2026) anjuran Datus United