ARTIKEL

PENGERUSI... Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Lapan pasukan buru kejuaraan SAYFT 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Sebanyak lapan pasukan bakal berentap memburu gelaran juara kategori Bawah 14 Tahun pada Kejohanan Bola Sepak Remaja 2026 (SAYFT 2026) anjuran Datus United Football Club Sri Aman yang membuka tirai esok.

Pengerusi kejohanan, Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, saingan kategori Bawah 14 Tahun berlangsung selama dua hari, bermula 21 hingga 22 November ini.

Lapan pasukan daripada pelbagai kelab dan akademi akan bersaing merebut gelaran juara.

Pasukan terbabit ialah AL Matteen Football Academy Kuching, PFA ODIN 14 Kuching, Cascara Football Club Kuching, Axis Kids Academy Kuching, SJN Academy Kuching, GMP Future Football Development Betong, L.A United FC Lubok Antu dan Datus United Football Academy Sri Aman.

Beliau berkata, perlawanan peringkat kumpulan berlangsung sepanjang Sabtu sebelum diteruskan pada Ahad, manakala aksi separuh akhir dijadualkan berlangsung pada tengah hari Ahad.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Arena Suara Sarawak.

Sementara itu, saingan kategori Bawah 16 Tahun dijadualkan berlangsung pada 28 hingga 29 November ini.

Awang Putrayusrie menjangkakan saingan kategori Bawah 14 Tahun berlangsung sengit memandangkan setiap pasukan menyenaraikan ramai pemain berbakat.

Kejohanan itu turut mendapat sokongan dan kerjasama Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta rakan strategik lain termasuk Bintulu Port, Press Metal dan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU